Isnin, 26 November 2012

Semoga Berjaya Dengan Cemerlang - SPM 2012

Hari yang dinanti telah tiba.. 26 November 2012 yang bakal menentukan kejayaan dan kecemerlangan subjek MPV akan berulang lagi seperti tahun tahun yang lepas. 

Segala ilmu telah dicurahkan, segala teknik telah diberikan.. tibalah masanya untuk pelajar-pelajar ini berjuang menentukan kejayaan diri masing-masing. Doa dan harapan cikgu tiada seorang pun dari kalangan mereka yang keluar lebih awal dari tempoh yang ditetapkan dan menjawab kesemua soalan yang diberikan.

In shaa Allah, mereka telah dipermudahkan.. semoga keputusan yang bakal diumumkan 4 bulan lagi adalah yang baik untuk kita semua... 




Sabtu, 24 November 2012

Kelas Tambahan MPV Menjelang Tibanya SPM 2012

Debaran menanti menjelang bermulanya kertas subjek MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut dalam peperiksaan SPM 2012 membuat para pelajar MPV tidak senang duduk.. apatah lagi apabila setiap pelajar disasarkan untuk mencapai target A untuk subjek ini.

Oleh yang demikian, atas inisiatif pelajar ini, mereka berusaha untuk memohon agar kelas tambahan MPV PMDR ini diadakan sejurus selepas mereka selesai menduduki 6 kertas subjek teras yang lain. Selama 2 hari kelas tambahan berlangsung di mana fokusnye adalah untuk membantu mereka mengingati kembali teknik menjawab soalan agar emreka dapat mengumpul markah yang tinggi bagi setiap soalan.

Kehadiran pelajar adalah kurang memuaskan. Namun yang demikian, kelas tambahan telah berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari semua pelajara. 

Semoga calon kertas MPV PMDR ini akan dapat menggunakan pengetahuan yang telah diberikan sepanjang 2 tahun ni untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan SPM nanti.. In shaa Allah...

Selamat Maju Jaya.. Semoga Allah SWT memberikan kita kelapangan hati dan minda dan kelancaran untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.. Aminnnn....