PENGENALAN


MATA PELAJARAN VOKASIONAL

Pada 23 Jun 1990 Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan penawaran mata pelajaran Teknologi Industri berdasarkan memorandum betajuk "Perluasan Program Teknikal dan Vokasional " yang dikemukan oleh Menteri Pendidikan.Bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga pekerja teknik dan vokasional akibat dari kepesatan ekonomi negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenal Mata Pelajaran Vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu program yang menjadi kesinambuangan kepada mata pelejaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Objektif ialah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran lanjutan berhubung kerja-kerja ketukangan dan teknologi yang yang terlibat seperti pendawaian elektrik, pemasangan paip, membuat perabot dan sebagainya, Pengetahuan dan kemahiran ini dapat membantu pelajar dalam mendapat pekerjaan yang sesuai dan memulakan pekerjaan sendiri  secara kecil-kecilan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi.

Program Mata Pelajaran Vokasional merupakan sekumpulan mata pelajaran berteraskan kemahiran yang ditawarkan di sekolah menengah akademik pada peringkat tingkatan empat dan lima. Program ini menawar 22 mata pelajaran yang dikelompokkan dalam lima bidang usaha iaitu binaan , pembuatan pelbagai mata pelajaran ini dirancang berperingkat-peringkat mulai tahun 2002 hingga tahun 2005.  

Bagi Fasa 1, lapan mata pelajaran ditawarkan mulai tahun 2002, iaitu :

1.Pembinaan Domestik
2. Membuat Perabot
3. Seni Reka Tanda
4. Menservis Perlatan Elektrik Domestik
5. Rekaan Jahitan Pakaian
6. Katering dan Penyajian
7. Landskp dan Nurseri
8. Tanaman Makanan


MENGAPA MATA PELAJARAN VOKASIONAL DIPERKENALKAN

Dalam era k-ekonomi ini, pemintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutama kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat. Menyedari hakikat ini, mata pelajaran vokasional diperkenalkan untuk melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan, berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas dalam beberapa bidang pekerjaan dan telah dikenalpasti. Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan program yang sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.


SISTEM PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

Kesemua mata pelajaran vokasional menggunakan pendekatan modular dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Kepelbagaian dalam program ini yang disediakan harus ditemani oleh kepelbagaian dalam sistem pentaksirannya. Untuk menjadikan mata pelajaran vokasional lebih bermakna, sistem pentaksiran pencapaian yang umum nya berbentuk linear tidak sesuai.

Pendekatan modular menagih satu sistem pentaksiran yang lain daripada apa yang diamalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sekarang. Sekiranya tidak inititif atau inovasi yang diperkenalkan itu mungkin akan terheret kepada amalan biasa yang ada dan akhirnya tumpuan yang tinggi terhadap peperiksaan yang berlaku dalam dunia akademik mungkin juga mewarnai aliran aternatif ini. Oleh itu, satu pendekatan baru dalam dunia pentaksiran Lembaga Peperiksaan Malaysia harus diwujudkan.

Mata Pelajaran Vokasional memerlukan satu sistem pentaksiran yang fleksibel, individualised dan boleh mempertingkatkan pembelajaran. Tanpa sistem ini pembelajaran dalam mata pelajaran vokasional akan saling tak tumpah seperti apa yang berlaku dalam mata pelajaran akademik.

Selaras dengan itu, adalah disarankan agar sistem pentaksiran yang berasaskan  kepada kompetensi ( Pentaksiran Kompetensi ) calon serta digandingkan pensijilan berbentuk modular ( Pensijilan Modular ) diperkenalkan bagi kesemua 22 mata pelajaran vokasional yang dilaksanakan.