Selasa, 31 Mei 2011

Kursus Asas Pembinaan & Pengemaskinian Blog Panitia dan Unit-Unit Sekolah



Tarikh : 30 Mei 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Bertempat di Purpustakaan SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsungnya Kursus Asas Pembinaan & Pengemaskinian  Blog Panitia dan Unit-Unit Sekolah SMKTTJ. Kursus yang menggabungkan kolaborasi daripada Panitia ICT SMKTTJ dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) Port Dickson, Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Ampangan serta 10 orang pelajar ThinkQuest dari SMK Jelai ( Felda ), Gemas dibawah bimbingan Encik Nurhaslin bin Mokmin.



Objektif kursus kali ini adalah untuk mendedahkan  para guru serta pelajar tentang kemahiran menghasilkan  blog panitia dan unit masing-masing serta mencungkil serta menyerlahkan kreativiti serta inovasi guru-guru dan pelajar dalam penghasilan blog. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memupuk sikap positif dan beretika tentang penggunaan teknologi maklumat di kalangan guru- pelajar dan komuniti. Blog yang serta telah siap nanti adalah diharapkan agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti panitia sepanjang tahun kepada ibu bapa, guru-guru, para pelajar seta komuniti di luar.


Penyertaan yang sungguh menggalakkan ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat dalam kursus ini. Terdapat sebilangan pelajar dan guru yang mahir dan telah pun mempunyai blog peribadi sendiri, namun sebilangan besar guru-guru dan pelajar yang masih baru dalam dunia blog tetap menunjukkan prestasi yang baik sepanjang kursus ini berlangsung. Pujian telah diberikan oleh tenaga pengajar memandangkan peserta dilihat mampu membina serta menghasilkan blog yang menarik dan kreatif.



Panitia MPV telah diwakili oleh Guru MPV sendiri iaitu Puan Yusrina Hanim bt Mohd Yunus dan dibantu oleh 2 orang pelajar 4 UMS iaitu Siti Suryani bt Abdullah dan Anis Izzati bt Azhar untuk menghasilkan blog Panitia MPV. Memandangkan blog Panitia MPV telah pun dibangunkan lebih awal dari tarikh kursus ini, jadi peluang yanga da digunakan untuk pemurnian blog serta membuat penambahbaikan blog memandangkan segala input diberikan pada hari ini sangat penting.







Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Abdullah bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah BTPN pada jam 4.00 petang.


Adalah diharapakn melalui blog ini, ia dapat menjadi medium pengantara guru dan pelajar serta masyarakat luar untuk lebih mengetahui dan memahami perjalanan aktiviti Panitia MPV di SMKTTJ serta dapat dijadikan sumber rujukan untuk latihan serta pelbagai program lain.


Jumaat, 13 Mei 2011

Kursus Membuat Pizza Guru-Guru MPV Daerah Seremban

Seperti yang dirancang, Kursus Membuat Pizza anjuran Panitia MPV Daerah Seremban dengan kerjasama Panitia MPV Katering dan Penyajian SMK Desa Cempaka telah berlangsung dengan jayanya.. Ini merupakan aktiviti pertama bagi Panitia MPV Daerah Seremban dan merupakan antara kursus yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru MPV dari seluruh daerah Seremban...

Hampir 30 orang guru telah mula memenuhi WorldCafe di SMK Desa Cempaka, Nilai seawal jam 2 petang.. Suasana cafe memang cantik.. ditambah dengan hidangan juadah minum petang yang disediakan  oleh pelajar-pelajar MPV Katering & Penyajian SMK Desa Cempaka sendiri.. menu nasi kerabu + puding roti + air biru betul-betul menarik minat semua yang ada..



Doh roti telah disiapkan lebih awal oleh pelajar MPV memandangkan masa yang terhad.. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat dengan kursus belajar cara membuat doh melalui kelas teori sahaja.



Inilah rupanya doh yang telah siap dan diletakkan diatas pan..


Inilah dia inti untuk topping pizza nanti.. ade ayam dan daging dimasak bersama sayur campuran.



Sekarang ni proses untuk meletakkan topping atas doh tadi.. pelbagai bahan boleh digunakan seperti nanas, cili paprika, keju parut, hirisan sosej dan sebagainya.


Kerja-kerja meletakkan topping berjalan lancar.. sambil bekerja, sambil bergambar... bergambar ni wajib sebagai evidens...



Botol sos ni pon antara evidensnye... bahan bantu mengajar....



Ini dia.. pizza special khas untuk dimakan ketika kursus.. roti dia memang lemak dan lembut..






Inilah dia pizza yang dah siap dibakar.. Setiap guru mendapat satu adunan pizza untuk dibawa pulang....




Bersama tenaja pengajar.. Cikgu Hamzal bin Shamsul Kahar..





Setiap guru diberikan beberapa barang sebagai cenderamata berupa sebotol sos, sebotol mayonis, bekas plastik, tuala pengelap, nota resepi pizza dan 2 botol air mineral..
Ucapan penghargaan buat seluruh warga kerja kursus ini yang telah bertungkus lumus memastikan kursus ini berjalan dengan lancar. Juga buat  pelajar MPV Katering & Penyajian SMK Desa Cempaka yang telah menjadi fasilitator yang hebat sepanjang kursus ini berlangsung.