Seperti yang dirancang, Kursus Membuat Pizza anjuran Panitia MPV Daerah Seremban dengan kerjasama Panitia MPV Katering dan Penyajian SMK Desa Cempaka telah berlangsung dengan jayanya.. Ini merupakan aktiviti pertama bagi Panitia MPV Daerah Seremban dan merupakan antara kursus yang ditunggu-tunggu oleh guru-guru MPV dari seluruh daerah Seremban...
Hampir 30 orang guru telah mula memenuhi WorldCafe di SMK Desa Cempaka, Nilai seawal jam 2 petang.. Suasana cafe memang cantik.. ditambah dengan hidangan juadah minum petang yang disediakan oleh pelajar-pelajar MPV Katering & Penyajian SMK Desa Cempaka sendiri.. menu nasi kerabu + puding roti + air biru betul-betul menarik minat semua yang ada..

Doh roti telah disiapkan lebih awal oleh pelajar MPV memandangkan masa yang terhad.. Oleh yang demikian, guru-guru yang terlibat dengan kursus belajar cara membuat doh melalui kelas teori sahaja.
Inilah rupanya doh yang telah siap dan diletakkan diatas pan..
Sekarang ni proses untuk meletakkan topping atas doh tadi.. pelbagai bahan boleh digunakan seperti nanas, cili paprika, keju parut, hirisan sosej dan sebagainya.
Kerja-kerja meletakkan topping berjalan lancar.. sambil bekerja, sambil bergambar... bergambar ni wajib sebagai evidens...
Ini dia.. pizza special khas untuk dimakan ketika kursus.. roti dia memang lemak dan lembut..
Inilah dia pizza yang dah siap dibakar.. Setiap guru mendapat satu adunan pizza untuk dibawa pulang....
Setiap guru diberikan beberapa barang sebagai cenderamata berupa sebotol sos, sebotol mayonis, bekas plastik, tuala pengelap, nota resepi pizza dan 2 botol air mineral..
Ucapan penghargaan buat seluruh warga kerja kursus ini yang telah bertungkus lumus memastikan kursus ini berjalan dengan lancar. Juga buat pelajar MPV Katering & Penyajian SMK Desa Cempaka yang telah menjadi fasilitator yang hebat sepanjang kursus ini berlangsung.