Syukur Alhamdulillah.. Bilik MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut SMK Taman Tuanku Jaafar telah dipilih sebagai penerima anugerah sulung Kategori Bilik-Bilik Khas bersempena dengan Hari Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ Tahun 2011.
Majlis yang berlangsung pada hari Jumaat - 11.11.2011 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB Dato' seri Utama Hj, Mohamad bin Haji Hasan di Dataran Cendekiawan, SMKTTJ. Bilik MPV telah menerima hadiah berupa sijil penghargaan serta wang saguhati sebanyak RM100.
Panitia MPV mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah memilih Bilik MPV sebagai pemenang, juga kepada guru-guru serta semua pelajar yang telah menggunakan bilik ini serta mengiktiraf bilik ini sebagai antara bilik khas yang cemerlang sepanjang tahun 2011. Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar MPV untuk meneruskan kecemerlangan ini.