Jumaat, 23 Mac 2012

Jamuan di A & W

Bertempat di Restoren A&W Seremban, seramai 5 orang pelajar yang telah membantu semasa slot ceramah Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan sempena Perkhemahan Pandu Daerah Seremban telah dijamu dengan sedikit jamuan ringan yang merupakan menu pilihan mereka sendiri. Sebagai menghargai sumbangan mereka membantu guru sepanjang sesi ceramah berlangsung, kelima-lima orang pelajar ini hadir dengan begitu ceria tambahan pula kehadiran mereka adalah dijemput oleh guru mereka sendiri dari rumah ke rumah.

Selama hampir 1 jam berehat sambil menikmati hidangan, peluang ini juga diambil oleh guru MPV untuk berkongsi masalah pembelajaran serta memberikan suntikan semangat kepada pelajar ini untuk terus fokus kepada pelajaran seterusnya mencapai keputusan yang cemerlang. Ternyata setiap pelajar ini mempunyai hasrat ingin berjaya, namun masing-masing sangat memerlukan sokongan yang terus menerus dari guru-guru dan ibu bapa. Selesai jamuan, kami menghabiskan masa berjalan dan bershopping di Seremban Parade. Kesemua pelajar ini telah selamat dihantar pulang ke rumah sebelum jam 7.30 malam.











Rabu, 21 Mac 2012

Tahniah dan Syabas.. SPM 2011

Tarikh 21 Mac 2012 sekali lagi mencatat detik bersejarah tatkala keputusan Peperiksaan SPM 2011 diumumkan. Bertempat di Ruang Legar SMKTTJ, keputusan Peperiksaan SPM 2011 diumumkan oleh tuan pengetua sendiri di hadapan ratusan bekas pelajar dan ibu bapa yang hadir untuk menerima keputusan. Ternyata keputusan yang diumumkan telah mencatat peningkatan dalam GPMP dan bilangan pelajar yang mencapai 5A ke atas.

Bagi mata pelajaran MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut, kejayaan pelajar lulus adalah dikekalkan 100%. Namun begitu, sedikit penurunan GPMP berlaku iaitu 1.94 berbanding tahun sebelumnya Biaiutu 1.78. 12 orang telah berjaya memperolehi gred A ( 6 A dan 6 A- ) manakala 4 orang lagi mencapai gred B ( 3 B+ dan 1 B ). Peratus yang mencapai gred A adalah meningkat iaitu sebanyak 75% berbanding tahun sebelumnya. 

Tahniah dan syabas kepada semua bekas pelajar. Hasil dari usaha gigih dan pengorbanan anda kini telahpun dituai. Semoga bekas-bekas pelajar ini akan dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Buat calon SPM 2012, jadikan kejayaan kakak-kakak ini sebagai pendorong untuk mencipta kejutan dan kecemerlangan yang lebih hebat. Sama-sama kita berusaha bagi memastikan pencapaian mata pelajaran MPV PMDR ini lebih cemerlang 

















Sabtu, 10 Mac 2012

Ceramah Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan - Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Seremban

SABTU 10 Mac 2012 - Panitia MPV telah menerima satu jemputan daripada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban bagi mengadakan ceramah Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan Remaja bersempena dengan Perkhemahan Pandu Puteri Daerah Seremban yang dijalankan di SMK Taman Tuanku Jaafar. Slot selama 2 jam tersebut telah dikendalikan oleh Guru Mata Pelajaran MPV sendiri iaitu Puan Yusrina Hanim bt Mohd Yunus dengan dibantu oleh 5 orang pelajar Tingkatan 5 UMS ( MPV ) iaitu Anis Izzati, Siti Suryani, Siti Zulaikha, Nor Atikah Ain dan Shoba.

Antara pengisian dalam sesi ceramah ini adalah cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan kulit muka serta langkah-langkah menjaga kebersihan dan cara untuk membersihkan kulit muka dengan betul. seramai hampir 100 orang ahli Pandu Puteri yang hadir kelihatan begitu berminat dan teruja dengan ceramah yang diberi serta terlibat secara aktif sepanjang sesi ceramah berlangsung. Selain sesi ceramah, Puan Yusrina Hanim juga turut memberikan beberapa hadiah kepada para peserta yang berjaya men jawab soalan kuiz dengan tepat. Dipenghujung slot pula, demonstrasi membersihkan muka dijalankan bertujuan menunjukcara kaedan membersihkan muka dengan betul. Para peserta termasuk Pemimpin-pemimpian Pandu Puteri turut tidak melepaskan peluang mencuba kaedah membersihkan muka.

Dikesempatan ini, Panitia MPV SMKTTJ ingin merakamkan penghargaan kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban kerana memberi peluang kepada kami untuk berkongsi ilmu pengetahuan, disamping memberi latihan dan keyakinan kepada para pelajar MPV sendiri untuk melibatkan diri memberi sumbangan kepada komuniti luar. Nyata, diakhir ceramah, para pelajar yang terlibat sebagai fasilitator ini mendapat pujian daripada semua guru pemimpin Pandu Puteri yang hadir kerana mereka telah mempamerkan sikap positif, berani serta yakin sepanjang membuat demonstrasi kepada audien yang hadir. Syabas dan semoga peluang seperti ini akan sentiasa diberikan kepada kami agar dapat melatih para pelajar lebih yakin dan mahir dalam bidang kosmetologi ini.



Slot ceramah yang disampaikan oleh Puan Yusrina Hanim kepada hampir 100 orang ahli Pandu Puteri Daerah Seremban.







Puan Yusrina Hanim menunjukkan demonstrasi membersihkan muka pelanggan



Para pelajar Tingkatan 5 MPV begitu yakin menunjukkan kaedah mencuci muka sampai memberi khidmat nasihat kepada peserta yang hadir.






Selasa, 14 Februari 2012

Meja Kantin Bermaklumat Kelab MPV 2012

Menyahut seruan Tuan Pengetua untuk menjadikan kantin SMKTTJ sebagai kantin yang ceria, bermaklumat dan berinformasi sekali lagi Panitia MPV PMDR dengan kerjasama Kelab MPV menyediakan meja kantin bermaklumat. Dengan pemantauan guru-guru penasihat Kelab MPV iaitu Puan Yusrina Hanim dan Puan Radziah Husin dan dibantu oleh 3 orang pelajar dari Tingkatan 5 UMS - Anis Izzati, Nur Amylikha Adha dan Siti Suryani meluangkan masa selepas tamat sesi persekolahan untuk menghias  meja kantin yang telah ditetapkan.

Nyata tugas kali ini lebih mudah memandangkan pengalaman kali pertama menghias meja kantin pada tahun 2011 banyak membantu. Bahan informasi dan bahan keceriaan telah disediakan lebih awal dan komitmen para pelajar yang membantu memudahkan tugasan guru. Semoga dengan terwujudnya meja bermaklumat ini, selutuh w









Selasa, 6 Disember 2011

Jamuan Akhir Tahun Tingkatan 5 MPV di Mc Donalds Senawang

Hari terakhir sebagai pelajar sekolah.... hari terakhir mereka memakai uniform sekolah.. juga hari terakhir mereka akan duduk bersama-sama... kerana selepas ini, masing-masing akan membawa haluan sendiri...

Selesai menduduki Kertas MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut - Peperiksaan SPM seramai 15 orang pelajar MPV ini berkumpul di Mc Donalds Senawang bagi meraikan hari terakhir mereka bersama-sama. Jamuan ini juga adalah satu penghargaan yang diberikan oleh Panitia MPV kepada kesemua pelajar yang telah gigih menjayakan Bulan Keusahawanan dan Projek Kerjaya MPV yang lepas. Wang yang diterima hasil dari titik peluh mereka memberikan khidmat kepada pelanggan telah diberikan kepada pelajar-pelajar ini sebagai gaji / upah mereka menjalankan tugas

Suasana ceria menyelubungi segenap ruang bilik yang ditempah khas ini. Tambah menggembirakan apabila kesemua 15 orang pelajar MPV dapat sama-sama berkumpul meraikan hari terakhir ini. Duduk semeja dambil menjamu selera... Namun, perasaan sayu tidak dapat disembunyi tatkala majlis berakhir apabila ada pelajar yang mengalirkan air mata kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakan yang lain kerana selepas ini, adalah sukar untuk mengumpulkan kembali kesemua pelajar ini untuk bersama-sama seperti hari ni.

Kepada semua pelajar-pelajar Tingkatan 5 UUM 2011.. Panitia MPV mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda semua di atas segala kerjasama dan pengorbanan anda sehingga dapat meningkatkan nama baik Panitia MPV.. Didoakan semua pelajar ini akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam keputusan SPM yang akan diumumkan nanti... 










Jumaat, 11 November 2011

Anugerah Cemerlang Bilik-Bilik Khas 2011 SMKTTJ


Syukur Alhamdulillah.. Bilik MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut SMK Taman Tuanku Jaafar telah dipilih sebagai penerima anugerah sulung Kategori Bilik-Bilik Khas bersempena dengan Hari Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ Tahun 2011.

Majlis yang berlangsung pada  hari Jumaat - 11.11.2011 dan dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB Dato' seri Utama Hj, Mohamad bin Haji Hasan di Dataran Cendekiawan, SMKTTJ. Bilik MPV telah menerima hadiah berupa sijil penghargaan serta wang saguhati sebanyak RM100.

Panitia MPV mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah memilih Bilik MPV sebagai pemenang, juga kepada guru-guru serta semua pelajar yang telah menggunakan bilik ini serta mengiktiraf bilik ini sebagai antara bilik khas yang cemerlang sepanjang tahun 2011. Semoga kejayaan ini akan menyuntik semangat kepada guru-guru dan pelajar-pelajar MPV untuk meneruskan  kecemerlangan ini.