Khamis, 30 Jun 2011

CERAMAH ISRAK MIKRAJ DAN PERJUMPAAN 3 PENJURU 2011

Dua lagi program telah mengambil tempat untuk mengisi kalendar bulan Jun 2011. Program tersebut adalah ceramah Israk Mikraj yang telah berlangsung pada pagi hari Jumaat diikuti dengan acara lazim setiap pagi Jumaat iaitu bacaan surah Yasin, solat sunat Taubat dan Hajat.






Selesai sesi rehat untuk guru dan pelajar, acara diteruskan dengan Majlis Perjumpaan 3 Penjuru iaitu perjumpaan diantara ibu bapa dan pelajar bersama guru Tingkatan. Dengan menggunakan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, ibu bapa telah mendapat gambaran sedikit sebanyak potensi dan tahap pencapaian anak-anak dalam peperiksaan. Pertemuan seperti ini dilihat sangat membantu kedua belah pihak iaitu guru dan ibu bapa dalam menangani permasalahan pelajar dalam pembelajaran. Maklumbalas yang positif turut diberikan oleh ibu bapa yang kesemuanya mahukan anak-anak mereka berjaya dalam setiap ujian dan peperiksaan yang diadakan. Guru-guru pula dapat menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk berbincang ke arah kemajuan prestasi dan mengenalpasti permasalahan pelajar untuk belajar diluar waktu persekolahan.





Ahad, 26 Jun 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKTTJ 2011

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKTJJ atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah Kali Ke-10 pada 23 dan 24 Jun 2011. Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan dan seterusnya mencipta banyak rekod baru pertandingan.

Kejohanan yang telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Seremban, Puan Maznah bt Abu Bakar, turut dihadiri oleh  YDP PIBG iaitu Encik Abd. Hamid Yaakob. Tahniah diucapkan kepada Rumah Laksamana ( Merah ) di atas kejayaan mengungguli Johan keseluruhan dalam kejohanan kali ini. Juga tidak ketinggalan, semua atlit dan peserta dari semua rumah sukan yang terbabit yang turut sama mempamerkan aksi yang hebat dan berusaha untuk mengutip mata untuk rumah sukan masing-masing.

Bilik MPV turut terlibat menjadi lokasi latihan senamrobik Rumah Temenggung ( Hijau ). Memandangkan terdapat kekangan untuk mendapatkan lokasi latihan yang bersesuaian, maka Panitia MPV meminjamkan Bilik MPV untuk dijadikan ruang latihan. Walaupun mempunyai ruang yang kecil dan terhad, namun Bilik MPV ini mampu memberikan suasana latihan yang lebih selesa.






Antara rakaman aksi-aksi sepanjang Kejohanan Olahraga SMKTTJ 2011 berlangsung :















Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua..


Isnin, 20 Jun 2011

LDP - SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH

Tarikh  :   18hb Jun 2011
Masa    :  8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat : Balai Konferensi, SMK Taman Tuanku Jaafar

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Penilaian dan Peperiksaan SMK Taman Tuanku Jaafar adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta membantu guru-guru mengendalikan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) secara terperinci. SAPS adalah sistem kemasukan markah pelajar secara online mengganti sistem yang digunapakai sebelum ini iaitu ISIS. Dengan menggunakan SAPS, proses memasukkan markah lebih mudah kerana guru tidak perlu beratur panjang mengambil giliran memasukkan markah di Bilik Peperiksaan dan boleh menguruskan sendiri markah kelas masing-masing mengikut masa sendiri melalui internet.

Panitia MPV mengucapkan jutaan terima kasih kepada penceramah yang diketuai oleh Puan Noraishah Safiei, barisan fasilitator serta Unit Penilaian dan Peperiksaan atas kursus yang telah dianjurkan.








Selasa, 14 Jun 2011

Pertandingan Merekacipta Model Dari Bahan Terbuang Sempena Minggu Antitidadah 2011 SMKTTJ

Buat kali pertama, Panitia MPV menganjurkan program dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTJJ sempena Bulan Antidadah 2011 pada bulan April 2011. Pertandingan Merekacipta Model Menggunakan Bahan Terbuang dibawah penyelarasan Panitia MPV mempunyai objektif utama untuk mencungkil kreativiti warga SMKTTJ mencipta model yang dapat memberi gambaran kesan atau akibat dari penggunaan dadah. Syarat utamanya adalah penggunaan bahan terbuang dalam menghasilkan model tersebut.

Beberapa penyertaan yang diterima telah membuktikan bahawa pelajar SMKTTJ sangat kreatif serta mempunyai inisiatif untuk mencipta model yang hampir menyerupai bentuk yang asal. Tempoh masa yang diberi selama 1 minggu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar untuk menghasilkan model ciptaan yang menarik.

 


JOHAN

Nama Model : Paru-Paru Rosak

1. Nur Fitrah Ain bt Abu Bakar
2. Noor Aliyah bt Kamarudin
3. Nur Syazwani Ajla bt Masluddin





NAIB JOHAN

Nama Model : Buah Pinggang Rosak

1. Nurhayana bt Noh
2. Ain Adiba bt Ayub
3. Shaidah Yahya


Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta..

Jumaat, 3 Jun 2011

Jasamu Dikenang.. PUAN HAMIDAH



Panitia MPV dikejutkan dengan arahan pertukaran Pembantu Bilik MPV iaitu Puan Hamidah bt Jaafar ke SK Seri Pagi, Senawang.  Pada tanggal 3 Mei 2011, secara rasmi.. Panitia MPV dengan berat hati melepaskan pemergian beliau untuk berkhidmat di sekolah yang baru.


Pemergian beliau sungguh dirasai.. bukan sahaja pada guru MPV yang sudah bekerja bersama-sama dengan beliau sejak 5 tahun malah kepada semua pelajar-pelajar MPV. Namun, masing-masing menerima keputusan yang telah dibuat.



Beliau yang dikenali sebagai seorang ibu dan kakak yang cukup penyayang, mengambil berat serta saling tidak henti memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar MPV. Malah beliau sendiri ringan tulang dan senantiasa membantu dalam apa saja tugas yang diberikan dan menjalankan tugas dengan penuh efisyen serta cemerlang. Maka tidak hairanlah, di hari terakhir sebelum pemergian beliau, bilik MPV bermandikan air mata dan sedu sedan dari seluruh warganya..



Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan yang telah beliau berikan kepada Panitia MPV selama ni.. 5 tahun bersama beliau cukup membuatkan kami  terasa kehilangan yang cukup besar..

TERIMA KASIH PUAN HAMIDAH... Jasamu tetap kami kenang..

Khamis, 2 Jun 2011

Tutorial Solekan - Smokey Eyes



APA ITU SMOKEY EYES

 
Pernah dengar pasal solekan SMOKEY EYES..?? Tau ke solekan tu macam mana..??

cuba tengok gambar di bawah ni....





Mungkin ramai yang dah tahu kan.. tapi pada yang masih belum tahu.. solekan SMOKEY EYES ni merupakan solekan yang menonjolkan bahagian mata.. biasanya menggunakan campuran warna yang gelap seperti HITAM... Campuran warna yang sesuai dengan lakaran yang tepat akan membuat mata kita terlihat menonjol dan seksi. Untuk itu selalulah mencuba bermain dengan eyeshadow dan eyeliner untuk mendapatkan warna yang sesuai  bagi mata kita.


 
TERINGIN NAK CUBA...??

Jom kita tengok tutorial di bawah ni.. langkah yang mudah dan senang untuk jadikan mata kita lebih menawan... cara Zarina Lunaa solekkan mata beliau..




macam mana..?? dah boleh buat sendiri....??? senang je kan..

Kalau masih belum yakin, boleh la baca teknik kat bawah ni..

Untuk mendapatkan kesan smokey eyes, kelengkapan yang  perlu kita siapkan adalah :

1. Eyeshadow base/warna kulit
2. Eyeshadow warna gelap dan terang
3. Eyeliner
4. Maskara
5. Make up brush
6. Penyepit bulu mata

Langkah 1: Sediakan kelopak mata
Bersihkan kelopak mata Anda dengan kapas, lalu sapukan eyeshadow base. Ini bertujuan untuk mengurangkan kandungan minyak dan menjaga warna eyeshadow supaya tidak bercampuraduk.

Langkah 2: Gunakan eyeliner
Pakai warna eyeliner yang gelap, seperti hitam, kelabu, atau coklat. Pakailah dengan lembut pada garis mata Anda. Nipiskan garis pada bahagian tengah garis mata. Hati-hati dalam menggunakan eyeliner. Jangan sampai terlalu tebal, kerana mata Anda akan terlihat menakutkan.

Langkah 3: Buat garis pada bahagian bawah mata
Gunakan eyeliner pada garis bahagian mata bagian bawah. Pastikan garisan eyeliner yang lebih nipis untuk membuat garis mata. Pemakaian eyeliner ini sangat penting kerana ia adalah asas kepada smokey eyes. Apa yang penting adalah memastikan garis mata Anda terlihat jelas dan tegas.

Langkah 4: Sapu warna dasar pada kelopak
Sapukan warna dasar yang lebih terang pada kelopak mata hingga tulang alis. Lebih baik menggunakan eyeshadow bentuk krim.

Langkah 5: Campurkan warna
Untuk memberi warna pada kelopak mata pilihlah warna gelap. Gunakan make up brush untuk meratakan eyeshadow. Campurkan eyeshadow warna terang dan gelap hingga warnanya merata, serta eyeliner tertutup rapi.

Langkah 6: Check kembali solekan
Lihat kembali warna pada kelopak mata. Pastikan warna sudah tercampur dengan merata.Jika terlihat kotor bersihkan dengan cotton bud, tutup kembali dengan eyeshadow atau bedak sampai terlihat rapi.

Langkah 7: Gunakan maskara
Sepit bulu mata Anda hingga terlihat lentik. Lalu, gunakan maskara yang membuat mata Anda lebih bervolume. Setelah itu sepit kembali agar bulu mata Anda semakin lentik.