APA ITU SMOKEY EYES
Pernah dengar pasal solekan SMOKEY EYES..?? Tau ke solekan tu macam mana..??
cuba tengok gambar di bawah ni....
Mungkin ramai yang dah tahu kan.. tapi pada yang masih belum tahu.. solekan SMOKEY EYES ni merupakan solekan yang menonjolkan bahagian mata.. biasanya menggunakan campuran warna yang gelap seperti HITAM... Campuran warna yang sesuai dengan lakaran yang tepat akan membuat mata kita terlihat menonjol dan seksi. Untuk itu selalulah mencuba bermain dengan eyeshadow dan eyeliner untuk mendapatkan warna yang sesuai bagi mata kita.
TERINGIN NAK CUBA...??
Jom kita tengok tutorial di bawah ni.. langkah yang mudah dan senang untuk jadikan mata kita lebih menawan... cara Zarina Lunaa solekkan mata beliau..
macam mana..?? dah boleh buat sendiri....??? senang je kan..
Kalau masih belum yakin, boleh la baca teknik kat bawah ni..
Untuk mendapatkan kesan smokey eyes, kelengkapan yang perlu kita siapkan adalah :
1. Eyeshadow base/warna kulit
2. Eyeshadow warna gelap dan terang
3. Eyeliner
4. Maskara
5. Make up brush
6. Penyepit bulu mata
Langkah 1: Sediakan kelopak mata
Bersihkan kelopak mata Anda dengan kapas, lalu sapukan eyeshadow base. Ini bertujuan untuk mengurangkan kandungan minyak dan menjaga warna eyeshadow supaya tidak bercampuraduk.
Langkah 2: Gunakan eyeliner
Pakai warna eyeliner yang gelap, seperti hitam, kelabu, atau coklat. Pakailah dengan lembut pada garis mata Anda. Nipiskan garis pada bahagian tengah garis mata. Hati-hati dalam menggunakan eyeliner. Jangan sampai terlalu tebal, kerana mata Anda akan terlihat menakutkan.
Langkah 3: Buat garis pada bahagian bawah mata
Gunakan eyeliner pada garis bahagian mata bagian bawah. Pastikan garisan eyeliner yang lebih nipis untuk membuat garis mata. Pemakaian eyeliner ini sangat penting kerana ia adalah asas kepada smokey eyes. Apa yang penting adalah memastikan garis mata Anda terlihat jelas dan tegas.
Langkah 4: Sapu warna dasar pada kelopak
Sapukan warna dasar yang lebih terang pada kelopak mata hingga tulang alis. Lebih baik menggunakan eyeshadow bentuk krim.
Langkah 5: Campurkan warna
Untuk memberi warna pada kelopak mata pilihlah warna gelap. Gunakan make up brush untuk meratakan eyeshadow. Campurkan eyeshadow warna terang dan gelap hingga warnanya merata, serta eyeliner tertutup rapi.
Langkah 6: Check kembali solekan
Lihat kembali warna pada kelopak mata. Pastikan warna sudah tercampur dengan merata.Jika terlihat kotor bersihkan dengan cotton bud, tutup kembali dengan eyeshadow atau bedak sampai terlihat rapi.
Langkah 7: Gunakan maskara
Sepit bulu mata Anda hingga terlihat lentik. Lalu, gunakan maskara yang membuat mata Anda lebih bervolume. Setelah itu sepit kembali agar bulu mata Anda semakin lentik.
SELAMAT MENCUBA !!!
Terima kasih kepada ** http://avonbrand2u.blogspot.com/2011/02/teknik-solekan-mata-smokey-eyes.html
Terima kasih kepada ** http://avonbrand2u.blogspot.com/2011/02/teknik-solekan-mata-smokey-eyes.html