Jumaat, 3 Jun 2011

Jasamu Dikenang.. PUAN HAMIDAH



Panitia MPV dikejutkan dengan arahan pertukaran Pembantu Bilik MPV iaitu Puan Hamidah bt Jaafar ke SK Seri Pagi, Senawang.  Pada tanggal 3 Mei 2011, secara rasmi.. Panitia MPV dengan berat hati melepaskan pemergian beliau untuk berkhidmat di sekolah yang baru.


Pemergian beliau sungguh dirasai.. bukan sahaja pada guru MPV yang sudah bekerja bersama-sama dengan beliau sejak 5 tahun malah kepada semua pelajar-pelajar MPV. Namun, masing-masing menerima keputusan yang telah dibuat.



Beliau yang dikenali sebagai seorang ibu dan kakak yang cukup penyayang, mengambil berat serta saling tidak henti memberikan nasihat kepada pelajar-pelajar MPV. Malah beliau sendiri ringan tulang dan senantiasa membantu dalam apa saja tugas yang diberikan dan menjalankan tugas dengan penuh efisyen serta cemerlang. Maka tidak hairanlah, di hari terakhir sebelum pemergian beliau, bilik MPV bermandikan air mata dan sedu sedan dari seluruh warganya..



Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas segala jasa dan kebaikan yang telah beliau berikan kepada Panitia MPV selama ni.. 5 tahun bersama beliau cukup membuatkan kami  terasa kehilangan yang cukup besar..

TERIMA KASIH PUAN HAMIDAH... Jasamu tetap kami kenang..