Selasa, 31 Mei 2011

Kursus Asas Pembinaan & Pengemaskinian Blog Panitia dan Unit-Unit Sekolah



Tarikh : 30 Mei 2011
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

Bertempat di Purpustakaan SMK Taman Tuanku Jaafar, telah berlangsungnya Kursus Asas Pembinaan & Pengemaskinian  Blog Panitia dan Unit-Unit Sekolah SMKTTJ. Kursus yang menggabungkan kolaborasi daripada Panitia ICT SMKTTJ dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) Port Dickson, Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Ampangan serta 10 orang pelajar ThinkQuest dari SMK Jelai ( Felda ), Gemas dibawah bimbingan Encik Nurhaslin bin Mokmin.



Objektif kursus kali ini adalah untuk mendedahkan  para guru serta pelajar tentang kemahiran menghasilkan  blog panitia dan unit masing-masing serta mencungkil serta menyerlahkan kreativiti serta inovasi guru-guru dan pelajar dalam penghasilan blog. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memupuk sikap positif dan beretika tentang penggunaan teknologi maklumat di kalangan guru- pelajar dan komuniti. Blog yang serta telah siap nanti adalah diharapkan agar dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti panitia sepanjang tahun kepada ibu bapa, guru-guru, para pelajar seta komuniti di luar.


Penyertaan yang sungguh menggalakkan ditunjukkan oleh semua peserta yang terlibat dalam kursus ini. Terdapat sebilangan pelajar dan guru yang mahir dan telah pun mempunyai blog peribadi sendiri, namun sebilangan besar guru-guru dan pelajar yang masih baru dalam dunia blog tetap menunjukkan prestasi yang baik sepanjang kursus ini berlangsung. Pujian telah diberikan oleh tenaga pengajar memandangkan peserta dilihat mampu membina serta menghasilkan blog yang menarik dan kreatif.



Panitia MPV telah diwakili oleh Guru MPV sendiri iaitu Puan Yusrina Hanim bt Mohd Yunus dan dibantu oleh 2 orang pelajar 4 UMS iaitu Siti Suryani bt Abdullah dan Anis Izzati bt Azhar untuk menghasilkan blog Panitia MPV. Memandangkan blog Panitia MPV telah pun dibangunkan lebih awal dari tarikh kursus ini, jadi peluang yanga da digunakan untuk pemurnian blog serta membuat penambahbaikan blog memandangkan segala input diberikan pada hari ini sangat penting.







Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Abdullah bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah BTPN pada jam 4.00 petang.


Adalah diharapakn melalui blog ini, ia dapat menjadi medium pengantara guru dan pelajar serta masyarakat luar untuk lebih mengetahui dan memahami perjalanan aktiviti Panitia MPV di SMKTTJ serta dapat dijadikan sumber rujukan untuk latihan serta pelbagai program lain.