Ahad, 26 Jun 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA SMKTTJ 2011

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SMKTJJ atas kejayaan menganjurkan Kejohanan Olahraga Sekolah Kali Ke-10 pada 23 dan 24 Jun 2011. Kejohanan yang telah berlangsung selama 2 hari telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam arena sukan dan seterusnya mencipta banyak rekod baru pertandingan.

Kejohanan yang telah dirasmikan oleh Timbalan PPD Seremban, Puan Maznah bt Abu Bakar, turut dihadiri oleh  YDP PIBG iaitu Encik Abd. Hamid Yaakob. Tahniah diucapkan kepada Rumah Laksamana ( Merah ) di atas kejayaan mengungguli Johan keseluruhan dalam kejohanan kali ini. Juga tidak ketinggalan, semua atlit dan peserta dari semua rumah sukan yang terbabit yang turut sama mempamerkan aksi yang hebat dan berusaha untuk mengutip mata untuk rumah sukan masing-masing.

Bilik MPV turut terlibat menjadi lokasi latihan senamrobik Rumah Temenggung ( Hijau ). Memandangkan terdapat kekangan untuk mendapatkan lokasi latihan yang bersesuaian, maka Panitia MPV meminjamkan Bilik MPV untuk dijadikan ruang latihan. Walaupun mempunyai ruang yang kecil dan terhad, namun Bilik MPV ini mampu memberikan suasana latihan yang lebih selesa.






Antara rakaman aksi-aksi sepanjang Kejohanan Olahraga SMKTTJ 2011 berlangsung :















Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua..