Bermula dari tarikh 1 Julai 2012 Bulan Keusahawanan dan Projek Kerjaya MPV untuk tahun 2012 telah berlangsung dengan jayanya. Sebanyak 6 objektif telah ditetapkan untuk dicapai sepanjang projek ini berlangsung iaitu :
Selama 4 minggu, seramai 16 orang pelajar Tingkatan 5 MPV dibahagikan kepada 4 kumpulan yang ditugaskan setiap minggu untuk menjadi kumpulan penggerak kepada perjalanan projek kerjaya ini. Setiap kumpulan ditugaskan mengetuai keseluruhan pelajar dengan menjalankan tugas sebagai ketua kewangan, ketua pendaftaran, ketua operasi penjagaan muka dan ketua operasi dandanan rambut. Untuk tahun ini juga, 2 perkhidmatan baru ditambah iaitu sauna dan urutan badan.
- Memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar tentang kaedah dan teknik menjalankan perniagaan
- Melatih pelajar mengaplikasikan kemahiran penjagaan muka dan dandanan rambut yang telah dipelajari di dalam bilik darjah kepada situasi sebenar sebuah perniagaan perkhidmatan kecantikan.
- Membantu pelajar membina keyakinan diri dalam membuat sesuatu keputusan melibatkan perniagaan
- Melatih pelajar dalam menguruskan kewangan, mengira untung rugi perniagaan dan mengira kos perkhidmatan yang diberikan.
- Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan terhadap rakan sekerja dan pelanggan
- Melatih pelajar mengenali dan mencari peluang bagi memasarkan perkhidmatan mereka di sekolah dan komuniti luar.
Selama 4 minggu, seramai 16 orang pelajar Tingkatan 5 MPV dibahagikan kepada 4 kumpulan yang ditugaskan setiap minggu untuk menjadi kumpulan penggerak kepada perjalanan projek kerjaya ini. Setiap kumpulan ditugaskan mengetuai keseluruhan pelajar dengan menjalankan tugas sebagai ketua kewangan, ketua pendaftaran, ketua operasi penjagaan muka dan ketua operasi dandanan rambut. Untuk tahun ini juga, 2 perkhidmatan baru ditambah iaitu sauna dan urutan badan.
Tugas sampingan kumpulan ini memerlukan mereka
menggerakkan pelajar yang lain selaku pekerja memberikan perkhidmatan selain
mereka turut membantu membuat promosi dan pemasaran, terlibat 80% dalam proses
pembuatan keputusan serta mengaplikasikan proses komunikasi yang berkesan
sesama pekerja dan pelanggan. Projek ini berakhir pada 30 Julai 2012.
Sepanjang berlangsungnya bulan kerjaya ini,
para pelajar memberikan perkhidmatan penjagaan muka dan dandanan rambut kepada
seluruh warga sekolah serta orang luar yang datang mendapatkan perkhidmatan
dengan harga yang berpatutan. Pengalaman seperti ini, dilihat telah berjaya
melatih pelajar untuk menjadi pengurus dan perancang yang baik, memasarkan
perkhidmatan serta memberikan perkhidmatan secara terus kepada pelanggan.
Kumpulan 1
( Aishah, Syikin, Sagilah & Subathra )
Kumpulan 2
( Aqidah, Umi, Shoba & Amylikha )
Kumpulan 3
( Suryani, Atyqah, Zulaikha & Solehah )
Kumpulan 4
( Anis, Ain, Atikah Ain & Hidayah )