Syukur Alhamdulillah...
Syabas buat Panitia MPV dan Terima Kasih kepada barisan juri penilai... atas pemilihan Panitia MPV sebagai penerima anugerah bersempena Hari Anugerah Kualiti dan Kecemerlangan SMKTTJ buat kali yang ke-2. Untuk tahun 2012 ini, Panitia MPV telah dipilih sebagai penerima Anugerah Cemerlang Bilik-Bilik Khas dan Anugerah Pengekalan 100% ( 3 Tahun Berturut-Turut ). Majlis penyampaian anugerah dan hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Devamany a/l S.Krishnasamy, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Semoga dengan penghargaan ini, Panitia MPV akan terus mencipta kejayaan, cemerlang dalam akademik serta berusaha membawa nama SMKTTJ sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Buat semua pelajar MPV, teruskan berusaha.. kita harus pastikan Panitia MPV akan terus unggul sebagai antara Panitia yang hebat di Negeri Sembilan !!