Bertempat di Dewan Bestari , SMK Tuanku Ampuan Najihah, Seremban pada 20 Julai 2012 ( Jumaat ), satu Bengkel Teknik Menjawab SPM Mata Pelajaran MPV PMDR bagi calon SPM SMK Tuanku Ampuan Najihah telah disempurnakan oleh Ketua Panitia MPV Puan Yusrina Hanim. Ini merupakan kali pertama jemputan memberikan ceramah dan mengendalikan bengkel matapelajaran MPV di sekolah ini.
Bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi, bengkel ini telah berlangsung di dalam Dewan Bestari. Sebagai makluman, sekolah ini merupakan sekolah kedua di daerah Seremban yang menawarkan matapelajaran aliran MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut dan tahun ini juga merupakan tahun kedua calon matapelajaran ini akan menduduki peperiksaan SPM untuk kertas MPV.
Sepanjang lebih 3 jam mengendalikan bengkel ini, respon dari pelajar adalah amat baik. Guru Matapelajaran iaitu Puan Fadilah bt Abu Hashim telah mengambil inisiatif menggabungkan pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 ( anggaran 30 orang )untuk bersama-sama mengikuti bengkel tersebut. Ternyata, setiap pelajar menunjukkan minat dan keyakinan yang tinggi untuk belajar serta menyampaikan hasrat mereka untuk cemerlang.
Semoga para pelajar ini dapat mempraktikkan ilmu yang telah diperolehi untuk mencapai keputusan yang baik seterusnya bersama-sama menaikkan pencapaian mata pelajaran MPV PMDR ini agar menjadi matapelajaran yang paling cemerlang di peringkat Negeri Sembilan.