Sempena Lawatan Penanda Aras dari BTP Negeri Terengganu, sekali lagi Bilik MPV menjadi lokasi lawatan bagi melengkapkan atucara program lawatan pegawai-pegawai dari negeri pantai timur ini. Objektif utama lawatan ini ke SMKTTJ adalah untuk mempelajari pembudayaan ICT serta pembestarian pendidikan yang telah dilaksanakan di SMKTTJ.
Rombongan seramai 39 orang ini membariskan para pengetua dan guru besar dari sekolah menengah dan sekolah rendah di Negeri Terengganu, pegawai-pegawai dari PPD serta pegawai PKG. Dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil, kehadiran pegawai ini ke Bilik MPV bermula dari jam 12 tengahari dan tamat sekitar jam 12.45 tengahari. Pelajar-pelajar MPV Tingkatan 4 dan 5 telah membuat persediaan untuk melakukan demonstrasi rawatan seperti solekan, rawatan muka, rawatan rambut, penggayaan rambut dan guntingan rambut.
Ketua Bidang Teknik & Vokasional, Puan Fadhilah Hashim juga turut berada bersama di Bilik MPV bagi membantu memberikan penerangan kepada para pelawat. Para pelajar juga kelihatan lebih yakin untuk memberi penerangan dan menjawab persoalan yang diajukan.
Buat Pegawai-Pegawai BTPN Terengganu, jutaan terima kasih kami ucapkan. Panjang umur, kita jumpa lagi...