Jumaat, 22 April 2011

Kelas Solekan Muka

Hari Rabu, sekali lagi berlangsungnya perjumpaan perjumpaan Kelab / Persatuan. Seperti rutin, program untuk hari ini telah ditetapkan untuk menjalankan aktiviti solekan muka majlis tertentu. Untuk mengelakkan pelajar menjalankan aktiviti yang sama serta menyolek rakan dari kelas yang sama, maka keputusan telah dibuat dan dipersetujui bersama iaitu pelajar Tingkatan 5 akan menyolek pelajar Tingkatan 4


Pemilihan pasangan untuk disolek ditetapkan oleh Pn. Yusrina Hanim iaitu pasangan terdiri daripada seorang pelajar Tingkatan 5 dan seorang pelajar Tingkatan 4 dalam satu kumpulan bertujuan untuk meningkatkan ukhwah dikalangan pelajar MPV. Beliau juga telah menetapkan, pasangan pelajar yang dipilih secara automatik menjadi MENTOR-MENTEE di mana pelajar Tingkatan 5 akan membimbing adik-adik yang telah ditetapkan.


Pelajar Tingkatan 5 diberi tugas menyolek muka pelajar Tingkatan 4 memandangkan pelajar Tingkatan 4 masih belum mempelajari tajuk Solekan Muka Untuk Majlis Tertentu. Selain meningkatkan keyakinan serta mencungkil kreativiti pelajar, kaedah sebegini dilihat cukup berkesan untuk emberi lebih pendedahan kepada pelajar Tingkatan 5 menyolek muka pelanggan yang lain dari kebiasaan.


 



Hasil solekan mendapat pujian dari pelajar-pelajar Tingkatan 4. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti, penggunaan warna yang harmoni dan seimbang, teknik penggunaan alatan dan bahan yang betul serta kesesuian bentuk wajah dengan solekan yang dikenakan. Walaupun terdapat beberapa pelajar yang diberikan komen, namun mereka positif menerima teguran dan berusaha untuk memperbaiki kemahiran yang ada.

 



Kemahiran menyolek akan diteruskan dan menjadi latihan wajib untuk pelajar aliran MPV PMDR. Walaupun modul ini dipelajari hanya semasa Tingkatan 4, tidak bermakna ia tidak diteruskan apabila pelajar naik ke Tingkatan 5 memandangkan modul ini adalah modul yang paling digemari oleh pelajar MPV.