Rabu, 20 April 2011

Membuat Jus Kesihatan


Aktiviti ini telah dirancang untuk dilaksanakan sebagai program Kelab MPV yang pertama pertama pada tahun 2011. Dengan menggabungkan tenaga semua ahli Kelab MPV dari tingkatan 4 H dan 5 I, aktiviti ini dilihat telah berjaya mencapai objektif yang diharapkan.


Ahli kelab dibahagikan mengikut kumpulan dengan menggabungkan pelajar dari tingkatan yang berlainan bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama ahli kelab. Setiap kumpulan saling memberikan idea yang kreatif untuk mencipta sejenis air minuman kesihatan dan kecantikan. Ahli kelab juga disarankan untuk membuat penyelidikan dan rujukan terlebih dahulu melalui pelbagai sumber maklumat berkaitan khasiat dari jus yang bakal dicipta.


Maklumbalas yang diterima sangat positif apabila semua ahli kelab saling bekerjasama memberikan idea serta memberikan sumbangan dengan menyediakan bahan-bahan seperti buahan-buahan, sayur-sayuran serta bahan tambahan untuk jus yang akan dicipta.

Aktiviti berlangsung di Bengkel ERT SMKTTJ selama hampir 1 jam 15 minit. Semua ahli kelab kelihatan memberikan sepenuh komitmen melaksanakan tugasan bersama kumpulan masing-masing.


Memandangkan aktiviti ini dilihat sangat menarik minat ahli kelab, ia akan dijadikan aktiviti tahunan bagi Kelab MPV. Seiring dengan hasrat untuk melahirkan bakal usahawan yang kreatif serta mempunyai kebolehan mencipta, program ini dilihat sangat berkesan untuk membangunkan keyakinan pelajar menzahirkan idea dengan gabungan petua lama dari keluarga masing-masing untuk menghasilkan produk sendiri.




Keseronokan pelajar jelas tergambar apabila masing-masing saling memberi rakan-rakan yang lain mencuba rasa jus ciptaan sendiri. Jelas bahawa,untuk menghasilkan yang terbaik pastinya di setiap percubaan yang dilakukan sangat memerlukan respon atau maklumbalas dari pihak lain untuk memperbaiki kelemahan mahupun kekurangan diri.  Inilah yang digambarkan oleh semua pelajar sepanjang aktiviti ini berlangsung.



Kenangan yang cukup manis.. apabila sesudah aktiviti berlangsung, terdapat sebilangan besar pelajar yang terus berlari menuju ke tandas.. secara tidak langsung ini membuktikan jus ciptaan mereka menepati khasiat yang diharapkan untuk mencernakan sistem dalaman serta menguruskan badan.



Tahniah buat ahli Kelab MPV.. kerana telah menjayakan program pertama buat tahun ini..