Sabtu, 2 Julai 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA DAN GOTONG ROYONG PERDANA

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia telah dijalankan pada Sabtu ( 2hb Julai 2011 ). Dengan larian serentak bersama pelajar-pelajar dan guru-guru dari SK Taman Tuanku Jaafar 2, program ini telah merupakan satu usaha mencatatkannya dalam Malaysia Book of Records dalam kategori ‘The Largest Participation of School Students in a Run. Sambutan yang agak memberangsangkan apabila terdapat ibu bapa yang turut sama mengambil bahagian berlari bersama pelajar dan guru.













Selesai acara larian, acara sekolah diteruskan dengan gotong royong. Beberapa tempat telah dikenalpasti dan pembahagian tugas telah diberikan untuk dilaksanakan dalam tempoh 3 jam yang diperuntukkan. Diantaranya ialah mengecat, menaman pokok disekitar padang, menaman pokok bunga, membersihkan kawasan sekitar sekolah, mengemas dan membersihkan bilik-bilik khas dan paling menarik pertandingan mengutip sampah.







Persekitaran sekolah ternyata kelihatan lebih cantik dan ceria dan wajah yang baru ini ternyata dapat memberikan kebanggaan kepada seluruh warga sekolah. Semoga usaha ini dapat diteruskan memandangkan semua warga sekolah dilihat turut bekerjasama menyumbangkan tenaga ke arah kemajuan sekolah.