Sabtu, 2 Julai 2011

MPV BERSIAP SEDIA MENERIMA KUNJUNGAN....

4 Julai 2011 bakal menyaksikan Bilik MPV akan menerima kunjungan tetamu yang akan merasmikan Bilik MPV secara rasmi. Sejak dibuka untuk sesi P & P sejak tahun 2006, Bilik MPV masih belum dirasmikan pembukaan secara rasmi. Perancangan ke arah itu sudah ada, namun pelaksanaannya mengambil masa yang lama dek kekangan tugas guru serta pelbagai acara padat yang mengisi takwim sepanjang tahun.

Debaran menanti hari bersejarah itu turut dirasakan oleh seluruh pelajar MPV. Namun, setiap seorang dari pelajar memberikan kerjasama yang cukup padu demi memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.













Bilik MPV juga telah dihias untuk memberikan rupa yang baru. Kali ini, keceriaan diberi penekanan untuk menghias bahagian luar Bilik yang nyata kelihatan kosong. Ruang dalam Bilik juga turut diceriakan serta segala carta maklumat dikemaskinikan.



Pemasangan papan tanda kata-kata hikmah di luar Bilik MPV.







Semoga majlis yang dirancang akan dapat berjalan lancar.