Rabu, 18 Julai 2012

Bengkel Pengurusan Disiplin Pelajar dan e-Stress bagi Guru MPV Daerah Seremban


Program kedua bagi Panitia MPV Daerah Seremban diteruskan dengan penganjuran Bengkel Pengurusan Disiplin Pelajar dan e-Stress bagi Guru MPV Daerah Seremban bertempat di Balai Konferensi SMKTTJ. Selaku Pengerusi Pengelola, Program ini telah dapat dijalankan dengan jayanya.  Walaupun pada awalnya bengkel ini dirancang untuk diadakan bermula dari jam 8.00 padi di Hospital Mawar, namun kerana beberapa kesulitan, perubahan terpaksa dilakukan dari segi masa dan lokasi bengkel akan berlangsung. Bagi tujuan untuk mendapatkan penyertaan semua guru MPV Daerah Seremban juga bengkel ini terpaksa dianjurkan pada sebelah petang bagi mengelakkan pergerakan keluar semua guru MPV dan menjejaskan sesi P&P. Penceramah bengkel ini adalan Puan Zakiah Zakaria iaitu Kaunselor di PPD Seremban dan majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Noresah bt Shamsudin, Penolong PPD Bahasa dari PPD Seremban.

Bengkel ini merupakan satu bengkel yang dianjurkan khas oleh Panitia MPV Daerah Seremban bagi menangani masalah tekanan yang dialami oleh guru-guru MPV ketika mengajar dan menguruskan pelajar MPV. Seperti yang sedia maklum, sebahagian besar pelajar MPV merupakan satu kumpulan pelajar yang lemah akademik dan bertingkahlaku aktif. Ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi di kalangan guru  untuk menguruskan mereka sekaligus ia menyebabkan berlakunya tekanan dari segi emosi dan mental di kalangan guru-guru MPV.

3 objektif utama pelaksanaan bengkel ini adalah untu memberi pendedahan kepada guru-guru MPV berkaitan kaedah dan teknik menguruskan para pelajar yang bermasalah, menyuntik semangat guru-guru untuk mengendalikan P&P yang lebih berkualiti dan mencapai objektif  pembelajaran serta membantu guru-guru mempelajari teknik mengawal emosi diri ketika menghadapi situasi tertekan.

Namun yang demikian, penyertaan dikalangan guru juga tidak sepenuhnya. Berkemungkinan besar sebilangan sekolah turut menganjurkan program di sekolah masing-masing  menyebabkan guru-guru dari sekolah tertentu tidak dapat turut serta. Tetapi ada beberapa sekolah yang hadir telah menghantar wakil bagi menggantikan guru MPV  dan beberapa pertambahan guru yang baru yang bakal mengajar matapelajaran PAV. Pada awalnya, bengkel ini dirancang untuk dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Yeow Chai Tiam, namun akibat pertukaran masa menyebabkan perasmi program terpaksa ditukar. Namun yang demikian, beliau telah memberikan kerjasama yang baik untuk membantu menjayakan bengkel ini. Dari segi aktiviti pula, 3 jam waktu yang diperuntukkan adalah sangat terhad dan hanya dapat menjalankan 1 slot ceramah sahaja walaupun perancangan awal adalah untuk menjemput doktor dari hospital / klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Bengkel ini dilihat telah banyak membantu guru-guru MPV ini menguruskan stress dengan baik serta pelbagai tips diberikan oleh penceramah untuk mengatasi dan mengelakkan berlakunya tekanan ketika bekerja. Adalah diharapkan bengkel seperti ini akan dapat dijalankan lagi pada yang akan datang dengan pengisian program yang lebih baik. Secara tidak langsung ini dapat membantu guru-guru MPV akan  sihat dari segi mental dan emosi seterusnya membantu menghasilkan P&P yang berkualiti.