Kolaborasi di antara Panitia MPV SMKTTJ dan Dual Training Institute ( DTI ) diteruskan buat kali kedua dengan penganjuran sekali lagi Kursus Solekan STAGE dan Pengantin pad tarikh 12 Julai 2012. Berikutan hasil dan maklumbalas positif yang telah diterima setelah berjaya
menjalankan kursus ini pada tahun yang lepas, kursus ini diteruskan setelah melihat banyak memberi manfaat kepada para pelajar dan harus dijadikan program tahunan Panitia MPV.
Kolaborasi kali ini bukan setakat menggabungkan Panitia MPV SMKTTJ bersama DTI, tetapi penglibatan sekolah lain yang turut menawarkan matapelajaran MPV Penjagaan Muka & Dandanan Rambut iaitu SMK Puteri, Seremban. Perancangan awal adalah untuk menggabungkan semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini diseluruh Negeri Sembilan iaitu SMK Tuanku Ampuan Najihah Seremban dan SMK Tunku Kurshiah Kuala PIlah, namun kerana berlaku sedikit kekangan, maka hanya 2 buah sekolah saja yang dapat hadir mengikuti kursus ini.
Pembaharuan dibuat dimana para
pelajar MPV ini dibawa untuk keluar sekolah untuk merasai sendiri dunia pelajar
IPT disamping memperkenalkan para pelajar ini dengan pelajar MPV dari sekolah
yang lain. Walau pada asalnya, hasrat untuk membawa kesemua sekolah menengah
harian yang menawarkan aliran MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut dari
seluruh Negeri Sembilan, namun hanya 2 buah sekolah sahaja yang dapat hadir. Kerjasama yang cukup baik diberikan oleh pihak
Dual Training Instutute ( DTI ) menyebabkan kursus ini dapat berjalan dengan
lancar. Bermula dari perancangan program, pihak DTI berusaha untuk membantu dan
menguruskan kursus ini dengan sebaik mungkin. Kerana itulah kursus ini berjaya
dijalankan dengan lancar dan ditamatkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Perancangan asal adalah untuk mendedahkan para
pelajar ini dengan teknik solekan STAGE yang terkandung di dalam kertas soalan
SPM aras tinggi/kreativiti, namun di atas budi bicara pihak DTI mereka tanpa
keberatan menawarkan 2 lagi kursus iaitu solekan Pengantin dan ‘Effect’ sebagai
tambahan. Solekan ‘Effect’ merupakan satu jenis kemahiran yang boleh dipelajari
dengan mengambil jurusan seni Kecantikan SKM Tahap II, namun hasil dari kursus
yang dijalankan para pelajar telah berjaya menguasai kemahiran solekan ini
dengan baik sekali.
Selain itu para pelajar turut diberi peluang untuk
membuat pembentangan hasil solekan. Pelajar ini diberi peluang untuk
menerangkan hasil solekan di hadapan penonton dan dinilai. Dari sini, keberanian dan keyakinan pelajar
dapat dinilai dari aspek komunikasi dan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan
audien.
Secara umumnya,
kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Para
pelajar kelihatan lebih yakin dan berani disamping mendapat pelbagai informasi
tentang produk-produk kosmetik tambahan yang digunakan untuk mendapatkan hasil
solekan yang cantik dan berkualiti. Semoga kursus seperti ini adalah dapat
diteruskan pada masa hadapan demi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat keputusan
SPM yang cemerlang sekaligus menbantu mereka meningkatkan kemahiran dalam
bidang solekan