Bermula pada jam 8.00 pagi pada tarikh 7
Julai 2012 ( Sabtu ) Panitia MPV sudah memulakan perkhidmatan salun kepada orang ramai sempena Karnival Gegar Ria SMKTTJ 2012. Dengan tawaran harga yang menarik, salun MPV dikunjungi ramai pelanggan yang tidak putus-putus dari pagi sehingga jam 4.30 petang. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah syampu rambut, rawatan rambut dan muka, guntingan rambut, penggayaan rambut dan sauna. Harga yang dikenakan adalah bermula dari RM 4.00 sehingga RM 25.00.
Selama 2 hari memberikan perkhidmatan, dianggarkan sejumlah RM 335.00 berjaya dikumpulkan untuk disumbangkan ke Tabung PIBG SMKTTJ. Selain itu, Panitia MPV juga mengambil bahagian dalam pameran serta demonstrasi menggayakan rambut dan solekan muka kepada orang ramai. Penyertaan seperti ini telah banyak membantu para pelajar MPV untuk meningkatkan keyakinan memberikan perkhidmatan kepada orang ramai serta membantu mereka lebih mahir menguasai bidang yang mereka ceburi.
Pada hari kedua pula, jam 2.30
petang – 4.00 petang pertandingan solekan STAGE telah dijalankan. Bayaran Penyertaan telah dikenakan berjumlah RM
10 untuk penyertaan luar dan RM 5 untuk penyertaan pelajar SMKTTJ. Jumlah penyertaan adalah 8
kumpulan ( 1 kumpulan diwakili oleh 2 orang ) di mana 4 kumpulan dari SMK Taman Tuanku Jaafar, 2 kumpulan dari Dual Trining Institute dan 2 kumpulan dari SMK Tunku Ampuan Najihah
Pertandingan ini telah mendapat tajaan hadiah yang telah disumbangkan oleh individu dan syarikat iaitu untuk Johan dan Naib Johan ditaja Mui Yong Trading Sdn Bhd, tempat Ke-3, Ke-4 dan Ke-5 oleh Puan Zaidah ( Avon
Cosmetics ) dan tempat Ke – 6, Ke – 7 dan Ke – 8 disumbangkan oleh Clara International
Beauty. Pengadil bagi pertandingan ini adalah Cik Sio Lee Yun dan Cik Law Cha Ngoh dari Clara International Beauty.
Syarat Pertandingan :
1. Penyertaan adalah TERBUKA kepada
orang ramai
2. Bahan, peralatan dan aksesori solekan
disediakan sendiri oleh peserta
3. Setiap kumpulan terdiri dari seorang jurusolek
dan seorang pelanggan sahaja
4. Tema solekan adalah ‘STAGE’ ( Alam Fantasi )
5. Peserta dibenarkan membuat dandanan rambut,
tetapi markah hanya dikira berdasarkan hasil
solekan yang kreatif dan menarik
sahaja
6. Tempoh masa pertandingan adalah 45 minit sahaja
7. Bayaran penyertaan dikenakan sebanyak RM 10
untuk setiap penyertaan
8. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah
diserahkan pada urusetia pertandingan sebelum jam
2.00 petang, 7 Julai 2012
berserta bayaran penyertaan.
9. Markah dikira berdasarkan kriteria kreativiti,
kekemasan, menepati tema dan aksesori yang digunakan
10. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD
Keputusan Pertandingan :
Johan : Nurul Hazirah bt Ibrahim ( DTI )
Naib
Johan : Nur Atikah Ain bt Nor Azam ( SMKTTJ )
Ke
– 3 : Ain Adiba bt Ayub ( DTI )
Ke –
4 : Nur Aishah bt Zainal ( SMKTTJ )
Ke –
5 : Devaki a/p Muniandy ( STAN )
Ke –
6 : Nur Amylikha Adha bt Khalid (
SMKTTJ )
Ke –
7 : Siti Zulaikha bt Anuwar ( SMKTTJ
)
Ke –
8 : Saraniya a/p Arulkumar ( STAN )
Pertandingan ini telah berjaya
dijalankan seperti yang diharapkan.
Walaubagaimanapun, penyertaan
dikalangan pelajar SMKTTJ adalah kurang memberangsangkan, tambahan para pelajar
MPV sendiri terlibat untuk menguruskan perkhidmatan salun kecantikan yang
berlangsung pada waktu yang sama. Namun
yang demikian, penyertaan dari sekolah dan institusi jemputan telah memeriahkan
pertandingan ini. Sumbangan hadiah daripada pelbagai pihak turut membantu
menjadikan pertandingan ini lebih menarik dimana para peserta bekerja keras
untuk menghasilkan solekan yang menarik.
Beberapa
perkara yang perlu diberikan penambahbaikan iaitu lokasi pertandingan yang agak
tersorok dan terlindung dari pandangan pengunjung menyebabkan ramai pengunjung
tidak dapat melihat perjalanan pertandingan dan urusetia terpaksa meninta
bantuan pengumuman melalui pembesar suara. Selain itu, tertindihan program juga
berlaku di mana para pelajar MPV terlibat untuk menjaga pameran MPV dan
menguruskan salun kecantikan menyebabkan jumlah penyertaan adalah terhad.
Diharapkan,
semoga pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan dengan
pelbagai tema solekan bagi memastikan para pelajar diberi keyakinan dan peluang
untuk mempamerkan bakat mereka pada umum.