Rabu, 18 Julai 2012

Jamuan Ringan Sempena Meraikan Kejayaan Panitia MPV

Tahniah dan Syabas sekali lagi.. buat team Panitia MPV atas kejayaan buat kali ke-3 dinobatkan sebagai JOHAN Pertandingan Keceriaan Bilik-Bilik Khas anjuran Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) SMKTTJ untuk tahun 2012. Tambah manis, Panitia MPV juga diumumkan sebagai JOHAN Pertandingan Membuat Brosur Panitia Tahun 2012 di mana pada tahun yang lepas dan tahun sebelumnya kami hanya mampu kekal menduduki tempat kedua untuk 2 tahun berturut-turut..

Hadiah disampaikan oleh Tuan Pengetua, Tuan Omar bin Ahmad pada Majlis Perlantikan Pengawas PSS 2012 dan Penutupan Bulan PSS yang diadakan pada tarikh 16 Julai 2012. 

Penghargaan seperti ini telah banyak menyuntik semangat kami untuk terus bekerja keras dan memastikan Bilik MPV kekal bersih, kemas dan ceria serta bersedia menerima kunjungan dari pelbagai pihak. Terima kasih yang tidak terhingga buat Pembantu Bilik MPV - Puan Raja Hajarimah dan semua pelajar MPV yang telah memberi kerjasama yang cukup baik dan komited untuk membantu membersih dan menceriakan bilik MPV tidak kira masa. Kejayaan ini adalah untuk mereka... Oleh yang demikian, satu jamuan ringan telah diadakan di Bilik MPV untuk mereka sebagai menghargai jasa mereka yang bersama-sama menaik dan membangunkan nama Bilik MPV.