Khamis, 12 Julai 2012

Kursus Solekan STAGE dan Pengantin di Dual Training Institute, Seremban 2

Kolaborasi di antara Panitia MPV SMKTTJ dan Dual Training Institute ( DTI ) diteruskan buat kali kedua dengan penganjuran sekali lagi Kursus Solekan STAGE dan Pengantin pad tarikh 12 Julai 2012. Berikutan hasil dan maklumbalas positif yang telah diterima setelah berjaya menjalankan kursus ini pada tahun yang lepas, kursus ini  diteruskan setelah melihat banyak memberi manfaat kepada para pelajar dan harus dijadikan program tahunan Panitia MPV.

Kolaborasi kali ini bukan setakat menggabungkan Panitia MPV SMKTTJ bersama DTI, tetapi penglibatan sekolah lain yang turut menawarkan matapelajaran MPV Penjagaan Muka & Dandanan Rambut iaitu SMK Puteri, Seremban. Perancangan awal adalah untuk menggabungkan semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini diseluruh Negeri Sembilan iaitu SMK Tuanku Ampuan Najihah Seremban dan SMK Tunku Kurshiah Kuala PIlah, namun kerana berlaku sedikit kekangan, maka hanya 2 buah sekolah saja yang dapat hadir mengikuti kursus ini. 

 Pembaharuan dibuat dimana para pelajar MPV ini dibawa untuk keluar sekolah untuk merasai sendiri dunia pelajar IPT disamping memperkenalkan para pelajar ini dengan pelajar MPV dari sekolah yang lain. Walau pada asalnya, hasrat untuk membawa kesemua sekolah menengah harian yang menawarkan aliran MPV Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut dari seluruh Negeri Sembilan, namun hanya 2 buah sekolah sahaja yang dapat hadir. Kerjasama yang cukup baik diberikan oleh pihak Dual Training Instutute ( DTI ) menyebabkan kursus ini dapat berjalan dengan lancar. Bermula dari perancangan program, pihak DTI berusaha untuk membantu dan menguruskan kursus ini dengan sebaik mungkin. Kerana itulah kursus ini berjaya dijalankan dengan lancar dan ditamatkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Perancangan asal adalah untuk mendedahkan para pelajar ini dengan teknik solekan STAGE yang terkandung di dalam kertas soalan SPM aras tinggi/kreativiti, namun di atas budi bicara pihak DTI mereka tanpa keberatan menawarkan 2 lagi kursus iaitu solekan Pengantin dan ‘Effect’ sebagai tambahan. Solekan ‘Effect’ merupakan satu jenis kemahiran yang boleh dipelajari dengan mengambil jurusan seni Kecantikan SKM Tahap II, namun hasil dari kursus yang dijalankan para pelajar telah berjaya menguasai kemahiran solekan ini dengan baik sekali.

Selain itu para pelajar turut diberi peluang untuk membuat pembentangan hasil solekan. Pelajar ini diberi peluang untuk menerangkan hasil solekan di hadapan penonton dan dinilai.  Dari sini, keberanian dan keyakinan pelajar dapat dinilai dari aspek komunikasi dan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan audien.

Secara umumnya, kursus ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Para pelajar kelihatan lebih yakin dan berani disamping mendapat pelbagai informasi tentang produk-produk kosmetik tambahan yang digunakan untuk mendapatkan hasil solekan yang cantik dan berkualiti. Semoga kursus seperti ini adalah dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan pelajar-pelajar ini mendapat keputusan SPM yang cemerlang sekaligus menbantu mereka meningkatkan kemahiran dalam bidang solekan