Selasa, 10 Julai 2012

Lawatan Pegawai BTP dari Seluruh Malaysia Ke SMK Taman Tuanku Jaafar

Satu lagi sejarah telah tercipta apabila SMK Taman Tuanku Jaafar telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Lawatan Penanda Aras ( Benchmarking ) oleh pegawai-pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP ) Kementerian Pelajaran Malaysia dan BTPN seluruh Malaysia pada tarikh 10 Julai 2012. Pemilihan sekolah ini adalah kerana berdasarkan kejayaan dan kemajuan dalam pembudayaan ICT yang telah diamalkan dalam P&P dan pelbagai program di sekolah ini.

Bilik MPV juga cukup bertuah kerana dipilih untuk menjadi lokasi lawatan sepanjang kedatangan mereka ke sekolah ini. Rata-rata pegawai yang hadir memberikan maklumbalas yang baik terhadap prasarana yang sedia ada di dalam bilik MPV. Malah mereka turut memberikan motivasi dan kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus mendalami ilmu dalam bidang kosmetologi ini kerana pasaran tenaga kerja pada masa hadapan adalah sangat memerlukan perkhidmatan jurukecantikan dan jurudandan dalam pelbagai bidang.

Bagi pihak Panitia MPV SMKTTJ, kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih di atas kesudian melawat bilik kami dan semoga kata-kata semangat yang diberikan akan menyuntik semangat pelajar-pelajar ini untuk  mencapai kecemerlangan.